Mahir Pertanian Pintar - Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 15: Penulisan Cadangan Kertas Kerja Pertanian Pintar)
8 Mei 2026 | Aktiviti Terkini7 Mei 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi Kelas Mahir Pertanian Pintar pada Minggu 15 iaitu Penulisan Cadangan Kertas Kerja Pertanian Pintar.
Sesi ini bertujuan untuk membimbing peserta memahami kaedah menyediakan kertas kerja yang sistematik dan berkualiti bagi tujuan pelaksanaan projek pertanian moden.
Sepanjang kelas ini, peserta didedahkan kepada struktur asas penulisan kertas kerja, termasuk pengenalan projek, objektif, latar belakang, kaedah pelaksanaan serta anggaran kos. Penerangan diberikan secara terperinci bagi membantu peserta memahami kepentingan setiap bahagian dalam menghasilkan cadangan projek yang lengkap dan tersusun.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: